Monday, December 14, 2009

lawak pathetic

Bosan betul kalau aku tengah serius tapi ada yang nak jadi pak lawak buat jenaka ketinggalan zaman yang dah beribu kali di buat. Contohnya, bila di tanya, nak makan kat mana? pak/mak lawak wannabe akan jawap, "makan kat mulutla," sambil buat muka bangga dapat kenakan orang. Come on lah, tak klakar langsung, ni nak masuk 2010 takkan nak buat lawak budak tadika lagi. Cubalah kreatif sikit.

Friday, December 11, 2009

Kenangan lama mengusik jiwa


Ini merupakan entri ketiga aku mengenai BOLD. Mungkin sebab excited dengan kedatangan mereka dan semangat old school yang dah mula membuak buak menyebabkan aku bersemangat untuk menulis tentang mereka.

"We started using the term 'hardcore' because we wanted to separate ourselves from the druggy or artsy punk scene that was happening in New York at the time." "We were rougher kids living in the streets. It had a rougher edge" Itu kata-kata Roger Miret, vokalis Agnostic Front dan juga antara pioneer bagi scene Hardcore di New York pada awal 1980. Pada ketika itu, scene NYHC lebih dibayangi oleh scene-scene lain seperti Washington, Boston dan L.A. Gelombang awal Hardcore di Amerika yang bermula pada 1979 hingga 1985 pada ketika itu lebih tertumpu kepada band-band popular seperti Bad Brains, Black Flag, D.O.A., Minor Threat, The Minutemen, SS Decontrol, DYS, Circle Jerks, Bad Religion, Dag Nasty dan banyak lagi. Tetapi di New York sendiri waktu itu telah mula hadir band-band seperti Agnostic Front, Cro Mags, Murphys Law, Warzone ,Reagan Youth, Cause For Alarm etc. Mereka-mereka inilah yang mengibarkan bendera NYHC pada awal 1980 dan membuktikan pada dunia ,New York juga ada scene yang tidak boleh dipandang rendah.

Sekitar 1985- 1986, banyak band yang sudah mula berpecah, ada yang pencen, buat band lain ataupun bertukar selera ke genre muzik yang lain. Era ini dikatakan sebagai era kejatuhan Hardcore dan ramai para otai ketika itu membuat statement, Hardcore Is Dead. Ini mungkin berpunca kepada faktor umur yang meningkat, perubahan cara hidup , dapat motor jadi mat motor plak dan juga mereka-mereka yang dah habis blaja kat kolej and start kahwin. Ditambah pula dengan pergaduhan yang sering berlaku menyebabkan ramai yang fed up dan show sering dicancelkan.

Tetapi situasi di New York amat berbeza., tahun 1986 merupakan tahun kebangkitan bagi band-band muda di New York yang ketika itu masih lagi muda remaja dan jiwa pun masih panas . Munculnya band-band seperti Youth Of Today, Sick Of It All. Breakdown, NY Hoods, Straight Ahead, Rest in Pieces, Raw Deal , Killing Time, Gorilla Biscuits, Judge dan banyak lagi untuk bersama-sama abang-abang mereka . Band-band awal di New York ketika itu juga masih lagi meneruskan perjuangan mereka tanpa ada rasa give up or bertukar haluan.
Matt Warnke , Tim Brooks dan Drew Thomas pada ketika itu masih lagi budak-budak.mentah yang kurus kering. Ketika ramai budak-budak sebaya mereka sibuk mendengar Kiss dan Motley Crue, mereka bertiga telah mula menubuhkan crew mereka sendiri yang dikenali sebagai K-Town Mosh Crew sebagai wakil kampung halaman mereka di Katonah, New York. Ghairah remaja mereka kemudiannya membawa kepada penubuhan Crippled Youth. Setelah beberapa show dengan Matt memainkan peranan sebagai vokalis dan gitaris , mereka kemudian merekrut seorang pemuda bernama pelik iatu John 'Zulu' Zuluaga di posisi gitar. Mungkin sebab Matt rasa sukar untuk melompat hardcore sambil bermain gitar pada ketika itu. Matt kemudiannya hanya fokus kepada menyanyi dan melompat sahaja. Tak lama lepas tu mereka meriliskan 7” ep pertama bertajuk Join The Fight dibawah label New Beginning dari California .
Merasakan nama Crippled Youth itu seperti band Punk Kental, mereka kemudian menukar nama kepada BOLD. Barulah terasa aura Hardcorenya bila dah tukar nama baru.Dengan nama baru, maka bertambah bersemangat lah budak-budak BOLD ini untuk rekod 11 lagu baru pada 1987. BOLD ketika ini sudah semakin membesar dan mula pandai dalam arrangement lagu. Sound diorang pun semakin evolve dan semakin heavy. Pada tahun ini menyaksikan BOLD sudah setaraf dengan band-band New York yang lain dan bersama-sama menyampaikan mesej-mesej straight edge dalam lagu mereka bersama geng-geng Youthcrew yang lain.

LP mereka sepatutnya di riliskan oleh Wishing Well Records tetapi asyik delay jer memanjang dan diorang ni pun dah fed up menunggu. Merungut rungut lah diorang ni sampailah mereka berjumpa dengan dua orang kawan mereka iaitu Ray Cappo dan Jordan Cooper yang juga owner label Revelation Records. Atas faktor persahabatan dan geografi dan semangat satu kampung, Revelation Records meriliskan LP yang diberi tajuk Speak Out pada 1988. Sukalah diorang sebab, akhirnya lagu-lagu baru diorang ni dapat gak di dengar. Boleh dikatakan meletup jugak lah Speak Out ni, dengan lagu-lagu hit menyentuh kalbu mereka seperti Nailed To The X, Talk is Cheap dan semestinya Wise Up. Wise Up juga muncul dalam kompilasi New York City Hardcore-The Way It Is dan menjadi lagu Bold yang paling dikenali diseluruh dunia. Dulu zaman 90 an kalau kat Malaysia ni, hampir kesemua budak-budak hardcore hafal lagu wise up ni. Kalau tak lancar semua dapat hafal chorus pun cukup. Ada je band cover lagu ni, berebut la budak-budak berhooded, berseluar skate nak sing a long sambil finger pointing. Ianya dah jadi antara anthem hardcore sepanjang zaman

Rangkaian tour di seluruh Amerika dengan rakan seperti Youth Of Today, Gorilla Biscuits, Judge dan Supertouch, telah menguatkan lagi nama BOLD dan semakin diminati diseluruh US dan wujudnya fan base mereka sendiri di setiap negeri. Ini menjadikan BOLD sangat istimewa pada msa itu. Dengan muzik straight forward hardcore dan mesej-mesej yang positif dan gaya hidup straight edge, BOLD bukan sahaja dianggap sebagai band tetapi juga inspirasi anak-anak muda.

Tahun 1989 menyaksikan BOLD meriliskan 5 lagu dalam self titled 7”EP dan waktu ini mereka dah ada gitaris baru iaitu Tom Capone . 7” ini merupakan material terbaik bagi bebudak BOLD ini. Terdapat perubahan dari segi arrangement dan melodi-melodi yang digabungkan dengan muzik straight forward hardcore mereka. 7” ini juga diriliskan semula pada 1992 dengan penambahan 2 lagu bonus dan diberi title Looking Back.

Tetapi kepanasan itu tidak berpanjangan. Pada musim panas 1989, BOLD mengadakan persembahan terakhir mereka dan end up karier mereka selama 5 tahun sebagai salah satu band straight edge hardcore yang disegani sepanjang zaman.


Pembubaran BOLD bukan bermakna mereka pencen terus, masing-masing buat band-band lain. Matt Warnke menyanyi untuk One-Sided War di akhir 90's, sebelum menubuhkan Running Like Thieves (named after a Bold-song) bersama John Biviano dan Andy Guida dariSupertouch, . Drew Thomas menubuhkan Into Another dengan bekas penyayi Underdog ,Richie Birkenhead pada 1990. Mereka sempat mengeluarkan beberapa album sebelum berpecah .. Thomas juga bermain drum bersama The New Rising Sons (fronted by ex-Texas Is The Reason member Garret Klahn). Diorang kuarkan 2 ep dan kemudian sign dengan Virgin Records tapi berpecah sebelum sempat rekod apa-apa.. Tom Capone yang bukan anak al capone ini pula main dengan banyak gak band , antaranya Quicksand, Handsome dan Instruction. John "Zulu" Zuluaga is sekarang ni main dengan The Hoof.


Back I looked on years spent and all the things I've seen.
'Cause I'm so much older, you must know what I mean.
I've learned from those days, both good and bad.
Thinking back on all those times I had."


Lebih daripada satu dekad kemudian, BOLD masih lagi merupakan band yang diperkatakan dan melambangkan semangat era hardcore dan rasa rindu dengan crowd, scene, rakan-rakan dan mereka merasakan ini adalah masa untuk kelahiran kembali. Dan inilah yang dinantikan oleh beribu ribu peminat mereka baik yang dan juga baru dari seluruh dunia. Kedatangan mereka di Malaysia juga merupakan satu moment yang tidak boleh dilepaskan. Kawan-kawanku yang dah tua, dah ada anak, dah pakai kasut kulit, sila cari balik baju BOLD anda yang dah bersawang dan beramai ramailah kita menyanyikan baris ini :-

"Listen, listen, learn to listen. Think of what you now are missing. ...It's time for you to wise up."

Bold akan perform di KL pada 6 Feb 2010 di one cafe, jalan tar. Go to allyearsummer.blogspot.com for more info

Thursday, December 10, 2009

Kari mamak

Jack kelihatan begitu berselera sekali . Tengah hari tu menu kami ialah nasi campur, kari daging, ayam goreng dan papadom disebuah kedai mamak di Gemas. Kat Gemas ni cuma ada dua jer mapley dan kurang mendapat sambutan. tak ramai yang into mapley kat sini.
ungkin air tangan mapley belum 100% meresap di jiwa rakyat Gemas ni. Tambahan pulak, mapley kat sini tak reti nak pasang astro dan skrin besar. Bukak pun tak 24 jam. Kemungkinan ini lah agaknya yang membuat mapley-mapley kat sini tak dapat berdiri sama tinggi dengan rakan seperjuangan di KL.
Sesekali kena kari memang best. Jack begitu bersungguh sungguh makan, mungkin sebab tidak sarapan pagi tadi.
"Sedap betullah kari ni, pekat gila" kata Jack bersungguh sungguh
"Biasa laa, kau pun dah lama tak pergi sini" jawap aku sambil menghembuskan asap Pall Mall.
"Macam mana mamak boleh buat kari pekat macam ni? Apa dia pakai?" tanya jack lagi sambil terus menyuap nasi yang tah keberapa
" 3 hari punya kari dipanaskan memangla pekat" jawap aku selamba
Jack diam. Rentak suapannya semakin slow dan kemudian terus ke singki untuk membasuh tangan.

Wednesday, December 9, 2009

On and Off

"Itu hari aku sms On Hadis. Saja nak baca.tapi skang ni hampir setiap hari dapat. sampai abis kredit aku ni, camna nak buat ni?" Kata Malik bersungguh sungguh depan kitorang.
"Biasala bro, benda-benda macam tu nak buat duit jer"kata Razak
"Senang je bro, Bro SMS Off hadis" Hapiz menyampuk tetiba tanpa rasa bersalah.